Gambar 1.0 Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan apabila:
- Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
- Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
- Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
- Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
- Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Gambar 1.1 Berada dalam majlis penyampaian Rambu
MAKNA HORMAT PENGAKAP
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:-
- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.
- Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.
- Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.
Disunting oleh :- Nor Shafirah Binti Ali
Tarikh :- 14 April 2014
Masa :- 07.59 p.m
0 comments:
Post a Comment