UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pengakap Malaysia mempunyai sepuluh undang-undang yang mana mampu menjana insan yang gemilang dan mempunyai jati diri yang tinggi serta dapat menyediakan seorang pengakap yang dapat berhadapan dengan budaya masyarakat dewasa kini, iaitu menghormati dan memahami budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Seorang pengakap itu haruslah :
1. Dipercayai.
- Pengakap ialah seorang yang sentiasa boleh dipercayai.
2. Taat.
- Pengakap ialah seorang yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong serta raja -raja dan pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapanya dan masyarakat.
3. Berguna.
- Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Bersaudara.
- Pengakap ialah sahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap tidak mengira negeri, negara pangkat dan agama sekalipun.
Gambar 1.0 Pengakap bersaudara dengan sekalian orang.
-Pengakap ialah seorang yang baik budi pekertinya dan sentiasa berbudi kepada diri, masyarakat, negara dan agamanya.
Gambar 1.1 Pengakap mestilah sentiasa berbudi.
6. Kasihkan Binatang.
-Pengakap ialah seorang yang baik dan kasihkan binatang.
7. Menurut Perintah.
-Pengakap ialah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol dan pemimpinnya.
Gambar 1.2 Pengakap seorang yang menurut perintah akan ketuanya
Gambar 1.3 Pengakap seorang yang menurut perintah akan ketuanya
8. Tabah Hati.
-Pengakap ialah seorang yang sentiasa tabah hati, sabar dan manis mukanya pada masa kesusahan.
Gambar 1.4 Pengakap sentiasa tabah hati walaupun dalam kesusahan.
Gambar 1.5 Pengakap sentiasa tabah hati walaupun dalam kesusahan.
- Pengakap sentiasa berjimat cermat dalam pelbagai aspek.
10. Suci Fikiran, Perkataan, Perbuatan.
- Pengakap ialah seorang yang bersih dan suci fikiran, suci perkataan serta suci perbuatannya dalam pelbagai aspek.
Disunting oleh : Skip Handreson Rarandis
Tarikh : 13 April 2014
Masa : 22:17
Hello, blog ini masih aktif kh?
ReplyDelete