Bekas
Ketua Kwarnas Gerakan Pramuka yang juga bekas Ketua Umum Ikatan Doktor
Indonesia (IDI) bagi tempoh 1988-1991 dan 1994-1997, Profesor Dr. Azrul
Azwar telah meninggal dunia hari ini di Hospital Cipto Mangunkusumo
(RSCM). Allahyarham berusia 68 tahun.
Menurut sumber berita beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada
jam 1800 Waktu Indonesia Barat. Allahyarham semasa hayatnya telah
menderita sakit barah hati yang telah dihadapinya sejak sekian lama.
Mengikut jadual Allahyarham bakal menjalani pembedahan hati pada bulan
April depan namun sayangnya hasrat itu tidak kesampaian.
Kegigihan Allahyarham untuk mencari penderma hati hingga sampai ke
Malaysia telah menemui jalan buntu kerana tidak menjumpai calon yang
sesuai atas dasar perubatan.
Pada ketika berita ini ditulis jenazah Allahyarham masih lagi berada di
ruang VVIP RSCM Kencana bersama dengan Setiausaha Agung dan
pegawai-pegawai IDI. Jenazah akan diletakkan sementara di Fakulti
Perubatan Universiti Indonesia (FKUI) di Salemba sebelum dikebumikan.
Lokasi pengkebumian masih belum dapat dipastikan lagi.
Seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia dan rakyat Malaysia amnya
amat bersedih dengan pemergian Allahyarham yang juga merupakan sahabat
akrab Persekutuan Pengakap Malaysia. Takziah diucapkan kepada keluarga
Allahyarham.
Al-Fatihah
Official Site For Keningau 'B' Rover Unit.
0 comments:
Post a Comment