Panduan pemakaian Pengakap Kelana
Pemakaian pakaian seragam Pengakap hendaklah betul dan kemas kerana ia merupakan satu pekara yang amat penting bagi seseorang pengakap. Tambahan lagi ia mencerminkan imej seseorang sebagai pengakap Kelana. Sebagai seorang Pengakap, perlulah menghormati pakaian seragam sama seperti menghormati diri sendiri. Berikut merupakan sedikit penerangan tentang panduan pemakaian bagi seorang Pengakap Kelana:
Forege
Cap pengakap Kelana
- Pengakap kelana dan Pemimpin memakai forage cap biru tua jenis 100% polyester dengan lilitan kain kuning 1/4 ”
- lencana besi berlambang Pengakap
Skaf dan Wogel
- Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi , berwarna biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepi skaf tersebut.
- Wogel berwarna hitam lambang pengakap diatasnya
- Bagi Pemimpin yang telah menghadiri kursus kepimpinan manikayu peringkat II, beliau boleh memakai wogel Gilwell (Gilwell wogel)
Pakaian Seragam
Lelaki
- Baju kemeja lengan panjang berwarna kelabu asap
- Baju kemeja hendaklah masuk ke dalam seluar
- Seluar panjang berwarna biru tua.
Perempuan
- Baju kemeja/kebaya berlengan panjang warna kelabu asap , leher cekak musang
- Baju tidak dibenarkan masuk dalam seluar
- Wanita boleh memakai tudung mengikut warna baju bagi setiap unit.
- Seluar panjang berwarna biru tua.
Kasut
- Kasut hendaklah berwarna hitam sama ada kulit dan kain.
Disunting oleh: Charlene George Gajim
Tarikh: 14/04/2014
tq
ReplyDelete